Langkah Kecil Untuk Berjaya

Saya nak ajak anda ambil tindakan segera untuk berjaya.

Jika anda benar-benar nak berjaya, buktikan dengan tindakan. Cara paling mudah adalah, bila ada seruan kejayaan anda perlu sahut serta-merta.

Ya, fast action fast result. Ya, kalau nak berjaya mesti kena buat ‘massive action’. Tindakan luar biasa…
Tapi saya nak ajak anda buat tindakan yang simple, just sambut seruan kejayaan sahaja.

Bila?

Apabila anda dengar seruan…  
Marilah mendirikan solat x2
Marilah menuju kejayaan x2
Anda mesti terus sambut!
Kerana itu seruan yang Maha Kaya, yang punya kunci rezeki seluruh dunia & seisi nya. Kita usaha, Dia yang beri rezeki. Kita nak berjaya, Dia dah beri jalan. Cuma nak sambut serta-merta atau nak tangguh dulu. Rezeki nak masuk serta-merta atau rezeki nak tertangguh.

 

Orang bisnes, sendiri jadi bos? Orang bisnes, tak ada bos? Orang bisnes… Dia lah bos yang Maha Kaya & Maha Bijaksana. Dia yang Maha Mengurus. Dia yang akan mengurus segala sesuatu termasuk rezeki orang bisnes. Cepat atau lambat, tertangguh atau datang dari jalan yang tidak disangka-sangka.
Allahuakbar!

Saya doakan anda terus berjaya!

Amin.
jalan untuk berjaya

Apa Komen Anda?

comments