Mengumpul Data Pelanggan

Kenapa perlu mengumpul data pelanggan?

Kerana pelanggan adalah pelanggan, sekali mereka menjadi pelanggan kita, mereka akan terus jadi pelanggan kita. 😉

…dan menjual kepada pelanggan yang sedia ada adalah lebih mudah dari mencari pelanggan baru.

————————–————————–——

Mengumpul data pelanggan adalah seperti mengumpul alamat email, no phone dan alamat rumah.

Tujuan mengumpul data pelanggan:

1. Menghargai pelanggan setia.
2. Memberi mereka diskaun khas.
3. Menjual produk yang lebih mahal
4. Terus dan terus menjual produk pada mereka.

————————–————————–——

Saya memilih untuk kongsikan cara menyimpan email, data pelanggan dengan email autoresponder.

Antara strategi:

#strategi_1 Jual produk harga murah –> simpan data pelanggan –> email follow-up –> jual produk sebenar –> email follow-up –> jual produk dengan harga premium.

#strategi_2 Beri kupon diskaun / produk percuma –> email follow-up –> jual produk sebenar –> email follow-up –> jual produk dengan harga premium.

#strategi_3 Jual produk —> simpan data pelanggan –> email follow-up –> jual produk lain yang berkaitan –> email follow-up –> jual produk dengan harga premium.

…dan senarai ini akan jadi lebih panjang kerana pelbagai strategi boleh dilakukan. Pastikan tuan/puan telah merancang strategi ‘marketing funnel’ untuk produk tuan/puan. 😀

*Simpan data pelanggan yang telah membeli produk premium tuan/puan dalam ‘list khas’.

Kenali mereka, berikan tawaran paling istimewa khas untuk mereka sahaja, mereka adalah follower tuan/puan.

————————–————————–——

Jika tuan/puan telah mula mengumpul senarai pelanggan, beberapa bulan akan datang tuan/puan sudah tidak perlu bergantung pada fb ads 100%.

Tidak hairan mengapa mereka yang telah mengumpul puluhan ribu senarai nama ini, sangat mudah menjual dan tidak kisah untuk mengeluarkan kos 3 hingga 4 angka untuk kos email autoresponder. 😉

————————–————————–——

Kunci utama, sediakan:

1. Email auto-responder – hantar email follow-up dan blast email.
2. Front Produk – Produk murah, freebies, kupon diskaun dll.
3. Produk yang dijual – produk utama yang dijual
4. End produk – menjual produk lain yang berkaitan / produk dengan harga yang lebih mahal.

data pelanggan

Apa Komen Anda?

comments