Menjana Idea Dari Ayat Frasa Copywriting

Ramai yang bertanya, apa yang dikatakan ayat frasa copywriting dalam kamus copywriting?

OK, saya bocorkan sedikit beberapa ayat dan bagaimana saya menjana idea dari ayat tersebut 😋
Kamus Copywriting
Kita ambil contoh jual produk health & beauty 🤔
1 – produk pelangsing
2 – produk foundation

[Mulakan dengan ayat penyata.] 😉

Cth : Ayat Penyata I

Adakah _____ masih menjadi masalah utama anda untuk ____

produk pelangsing :
Adakah berat badan masih menjadi masalah utama anda bulan puasa ini?
Saya ada cara untuk bantu anda!

produk foundation :
Adakah jerawat masih menjadi masalah utama anda walau dah guna bermacam jenis krim anti jerawat?
Saya sangat rekomen anda guna foundation dengan fungsi merawat jerawat ini!

Cth : Ayat Penyata II

Anda sebenarnya boleh ______

produk pelangsing :
Anda sebenarnya boleh kurangkan berat badan walaupun hari-hari buka puasa di buffet

produk foundation :
Anda sebenarnya boleh jaga kulit wajah walau anda kerap berada di luar office

[Aktifkan emosi mereka dengan cabaran.] 😃

Cth : Cabaran I

Anda hanya perlu berkata ‘ya’

produk pelangsing :
Anda hanya perlu berkata ‘ya’ jika anda serius nak turunkan berat badan menjelang syawal

produk foundation :
Anda hanya perlu berkata ‘ya’ jika anda mahu mendengar pujian dari husband anda

Cth : Cabaran II

Mahu atau tidak, anda terpaksa ______

produk pelangsing :
Mahu atau tidak, anda terpaksa juga kurus, takut tak muat baju raya anda nanti!

produk foundation :
Mahu atau tidak, anda terpaksa jaga penampilan bila datang open house rumah kawan lama anda

Ayat Frasa Copywriting

Saya bocorkan lagi beberapa frasa copywriting, anda boleh terus gunakan

Lagi contoh jual produk health & beauty 😚

[Gembirakan mereka dengan pemberian diskaun dan potongan harga.] 😁

Cth : Diskaun & Penjimatan I

______ % lagi hanya perlu simpan dalam poket anda ______

produk pelangsing :
Diskaun 50% – anda hanya perlu bayar separuh sahaja!
50% lagi hanya perlu simpan dalam poket anda untuk belanja raya…

produk foundation :
Diskaun 50% – anda hanya perlu bayar separuh sahaja!
50% lagi hanya perlu simpan untuk beri duit raya pada anak buah anda nanti…

Cth : Diskaun & Penjimatan II

Pengurangan drastik _______

produk pelangsing :
anda jimat rm40!
Pengurangan drastik ini demi melihat anda dapat mengurangkan berat badan segera

produk foundation :
anda jimat rm40!
Pengurangan drastik ini sempena pakej khas raya sahaja…

[Tagline / slogan untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.] 😎

Cth : Tagline / Slogan I

Jangan ambil _______ sedangkan anda boleh pilih _______

produk pelangsing :
Jangan ambil risiko sedangkan anda boleh pilih untuk langsing dengan selamat!

produk foundation :
Jangan ambil mudah perkara di atas, sedangkan anda menang boleh pilih produk dari bahan-bahan natural..

Cth : Tagline / Slogan II

Misi anda adalah untuk _______

produk pelangsing :
Ingat, misi anda adalah untuk kelihatan langsing pada pagi raya nanti

produk foundation :
Anda perlu fokus, misi anda adalah untuk menambat kembali hati ‘si dia’…

Ayat Frasa Copywriting

#Update beberapa lagi ayat frasa copywriting mengikut contoh yang anda nak…

Semua ayat yang terhasil adalah sebagai contoh, cara nak menjana idea dari ayat frasa copywriting.

Ayat tersebut boleh diselitkan pada mana-mana bahagian dalam post jualan anda.

Contoh di bawah adalah berdasarkan permintaan follower di facebook page kamalhelmidotcom.

Persoalan.

[Menarik perhatian dengan bertanyakan soalan.] 😏

Cth : Nur Azehan Azman : produk kecantikan, kesihatan

Bila kali pertama si dia ucapkan _______ ?

Bila kali pertama si dia ucapkan ‘awak cantik’ ?
Mungkin kali terakhir ucapan itu pun anda sudah lupa

Hadiah & Percuma.

[Menarik perhatian dengan hadiah dan tawaran atau pemberian percuma] 😍

Cth : Saifudin Bahar : Travel

_____ berpeluang memiliki _____ yang mempunyai ______

Anda berpeluang memiliki t-shir kenangan yang mempunyai printed gambar anda sekeluarga sedang bercuti, bila anda travel bersama kami

Cth : Fadle Al-Selehory : Perkhidmatan servis aircond

Tunggu dahulu, ambil ini sebagai hadiah dari _____

Tunggu dahulu, ambil wangian gantung ini sebagai hadiah dari kami selepas sahaja selesai kami servis aircond anda

Pujukan.

[Belai hati pelanggan supaya mereka membeli dengan gembira]😘

Cth : Azam Ramli : Coklat Minda.

Anda telah nampak potensi ______

Anda telah nampak potensi anak anda, tapi tak tahu cara nak mempertingkan lagi? Saya memang nak bantu anda

Cth : Hafizah Salleh : Makanan minda anak-anak.

Jadikan tahun ini sebagai tahun yang bermakna untuk anda

Jadikan peperiksaan tahun ini sebagai peperiksaan yang bermakna untuk anak anda dan keluarga

Meminimakan Risiko.

[Hilangkan rasa takut pelanggan dengan meminimakan risiko dan beri jaminan.] 😖

Cth : Hazli Hzcreative : Percetakan

Anda pegang pada kata-kata saya

Anda pegang pada kata-kata saya, anda tak perlu risau!
Dari proses design, printing hingga ke proses penghantaran kami yang uruskan

Cabaran.

[Aktifkan emosi mereka dengan cabaran] 😳

Cth : Rohayati Hashim : produk sesulit

Anda hanya perlu berkata ‘ya’

Anda hanya perlu berkata ‘ya’ & ambil langkah drastik untuk hilangkan selulit yang merimaskan anda

Penegasan.

[Ayat penegasan untuk mengekalkan momentum emosi pelanggan.] 😲

Cth : Adi Nurrafie AGc : Pengaktifan otak tengah

Anda akan terkejut bila mengetahui ______

Anda akan terkejut bila mengetahui seluruh potensi diri anda berkembang setelah menghadiri progam pengaktifan otak tengah kami ini

Cth : Zarir Abdul Rashid : Produk makanan..sambal ikan bilis

Anda hanya perlu ______ untuk memenuhi _______

Anda hanya perlu sambal ikan bilis ini untuk memenuhi selera seisi keluarga anda

Senang Mudah.

[Bantuan frasa yang menggambarkan ianya senang dan mudah.] 😊

Cth : Ashraf Shahar : Pakaian

_____ senang digunakan bila anda kesuntukan masa _____

Jenis kain ini memang senang digunakan bila anda kesuntukan masa gosok baju

 

Saya hanya petik random sahaja & buat ayat yang sesuai dengan contoh yang diminta, ayat-ayat yang terhasil bukan sahaja untuk headline, tapi boleh diletakkan pada mana-mana bahagian copywriting anda nanti. ☺

Nak lagi ayat frasa copywrint yang bersifat ‘persuasion’ untuk memikat pelanggan?

Ayat Frasa Copywriting

Apa Komen Anda?

comments